Tuesday, 28 May 2013

Fikir-fikirkanlah

        Yang mana2 dah nak pencen dalam kerjaya..buat2 laa byk amal..aku pun makin hairan kenapa mesti wujudkan perpecahan kaum antara sama satu lain...sampaikan nak buat perarakan jalanan?!!..tak rasakan diri tuh penat? kalau xpuas hati..kumpulkan semua bukti yang boleh membuatkan semua rakyat percaya akan kesahihan cerita atau berita..DIAM ITU LEBIH BAIK..islam xpernah sarankan umatnya membuat peperangan..islam pentingkan kedamaian,dan islam juga menghormati sesama mereka tidak kira sama ada islam itu sendiri atau bukan islam..
           Bukannya apa..apa yang nak dibantah..silakan..tiada siapa yang boleh menghalang..tetapi buat laa cara yang betul dan aman...aku tidak suka akan ketidakamanan yang nak diamalkan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan..sesiapa yg duduk dalam kerajaan juga akan dipersoalkan oleh Allah bila kita semua akan dikumpulkan di padang mahsyar nanti..apa yang diajar oleh nabi adalah menjadi khalifah yang berjiwa berani,yang mengambil berat akan nasib rakyatnya,yang mana ditindas harus dilindungi,dan mana yang dizalimi perlu diambil tindakan..BERSATULAH WAHAI MELAYU ISLAM..TIDAK PERLU LAH BERPECAH BELAH SESAMA SENDIRI..JADIKAN TELADAN PADA KAUM LAIN KITA MELAYU ISLAM ADALAH UMAT BERJAYA..kalau rasa tak suka negara Malaysia sila keluar..pergilah ke negara yang membuatkan kamu sendiri rasa disanjungi..disayangi oleh rakyat kamu...jika itu yang kamu akan membuatkan orang lain menyanjungi diri kamu...itu saja...yang kami pinta...
              Ini yang kita semua takut apabila tiba mana generasi-generasi akan datang..membuat perkara yang sama pada satu hari nanti...dunia nih makin lama makin uzur...fikir2kanlah..amal ibadat kita yang ntah kemana..mana hala tuju kita selepas ini..apabila kita mati nanti..sebab itu persoalan yang pertama dalam kubur adalah solat..adakah kita sentiasa mencukupkan ibadat yang simple ini?...tepuk dada tanyalah iman..aku cakapkan ini sama2 laa kita bangkit untuk terus berjaya disamping berjuang untuk akhirat...insyaallah...dunia ini adalah sementara untuk kita berpijak..tidak selama-lamanya..kita berada di atasnya..kerana kita juga akan berada di dalam perutnya..yang banyak rahsianya tersembunyi...fikir-fikirkanlah...dan buat renungan utk kita...ALLAHUAKHBAR...

             INSYAALLAH...PEACE YOW..!!
    

Tuesday, 7 May 2013

Kecewa

   Hari mengundi telah pun berlalu..semua perkara telah pun terjawab?....BN terus di beri mandat..syukur masih di pegang oleh melayu islam..tetapi aku kecewa..sebab melayu islam tidak BERSATU..itu yang menyebabkan 'kalah' dari pandangan aku..dan aku berharap melayu islam tidak akan berpecah belah untuk bersatu dalam apa jua sekali pun walaupun banyak buruk diuar-uarkan..oleh pihak2 tertentu...tidak termasuk pada pihak penyokong dan pembangkang..kadang2 ada baik buruk juga dengan apa yang dibangkang dan disokong...seperti mana keamanan dan bersatu padu itu yang mungkin menjadikan itu sebagai satu kekuatan demi kedaulatan islam di Malaysia..Islam hanya mengamalkan Keamanan dan Kedamaian...pergi tanya mana2 agama pun..kehendak mereka juga sama seperti apa yang di amalkan oleh islam..tapi itu lah..islamofobia menjadi satu alasan kelemahan pada semua orang..walhal orang islam sendiri pun takut dengan kenyataan islamofobia ini.
      Aku tidak berasa hairan sangat dengan peningkatan undian bagi kaum cina..memang itu lah nak dipertikaikan...bagi semua pihak mengapa ini terjadi..sebab mereka bersatu dalam apa jua sekali pun..walaupun mereka bergaduh,menghuru harakan sesuatu..tetapi apa-apa pun mereka bersatu..jatuh bangun mereka tetap bersatu,biarpun iri hati,dengki,sakit hati...tetap mereka bersatu...kalau dari segi ekonomi...mereka 'pandai ambil hati' itu sebab itu mereka boleh berjaya.tetapi byk muslihat...he he he..takut jgk dengan kenyataan aku nih..(tak pasal kene kejor dengan ah long haa..naya aku..hehehe)..mengamalkan hidup sederhana..sentiasa merendah diri..itu petua kalau nak hidup panjang..huahua...beza dengan orang melayu..byk sangat..sebab nabi pun dah kata islam memang tidak boleh bersatu...sejak dari zamannya dahulu lagi..
        Kali ini kerajaan perlu membela nasib-nasib penganggur yang kian meningkat terlalu mendadak...berilah peluang kepada anak melayu islam yang muda-muda pulak tuh,,,,yang suka buang masa xtentu arah..orang melayu islam jangan marah bila orang lain sebut PEMALAS..itu memang dah hakikat..kalau dah malas macam mana nak majukan negara,aku sokong kenyataan Tun Dr.Mahathir sebab mengaku MELAYU ini PEMALAS..hanya manis di bibir saja kata-kata janji..tetapi??? LU PIKIR LAA SENDIRI..kalau disebut2 marah!!...kepada yang rajin bekerja..teruskan kerajinan anda..kalau xdihargai pun tak kisah..janji pahala yang kita simpan tuh akan dibawa ke akhirat besok...ITU LAH yang kita MAHUKAN...Aku mengucapkan tahniah kepada Tok guru kita..yang masih mengekalkan parti islam selama beberapa dekad...alhamdullilah..mudah2han dipanjangkan usia tok guru kita...Amin...walaupun kita selamat lagi kerana masih diperintah melayu...orang2 melayu di luar sana..jangan rasa SELESA...banyak perkara perlu di ambil titik beratkan tentang isu2 tertentu..banyak muslihat yang akan muncul..berhati-hati apabila merancang sesuatu...takut2 tersalah langkah..hancur semuanya..
               Tidak perlu untuk mengubah apa yang terjadi pada masa kini...sentimen perkauman memang sudah wujud selepas terjadinya 13 MEI 1969..haa inilah yang kita takut semasa hari mengundi yang dijalankan...bnyk terjadi rusuhan,blackout dan seumpamanya..ini kerana semua Hasutan telah berlaku..sekarang apa dah jadi????...sampai sekarang hasut-menghasut ini sudah menjadi budaya dalam masyarakat..itu yang perlu di ambil tindakan...orang2 bumiputera sahaja yang LAYAK..kalau nak di katakan..maka kekalkan saja hak bumiputera...sentimen perkauman memang sudah wujud..tapi perlu dingatkan bahawa ini tanah melayu..makna kata lain biar lah orang MELAYU yang pegang...jatuh bangun biar melayu pegang...dan kuasai tanah melayu ini...KEAMANAN SEJAGAT PERLU DI UTAMAKAN...HIDUP MALAYSIA..!! HIDUP MELAYU ISLAM...!!


                                         WASALAM PEACE YOW..!!

Saturday, 4 May 2013

Mengundi

   PRU-13 kini makin hangat sekali pada tahun ini..kerana pihak penyokong dan pembangkang pada hari ini makin kuat untuk bertelagah.Banyak cerita di sebalik manifesto PRU 13 kali ini.Dari peperangan yang menunjukkan pembangkang kini semakin lemah..setelah tidak mendapat persetujuan dari pihak luar..hidup mati susah pun..pilihan hidup di bumi MALAYSIA ini adalah hak tanah melayu..walaupun di kelilingi pelbagai kaum..kerana tanah melayu hak milik orang melayu islam sejati...sokonglah mana pihak yang mampu memberikan kehidupan yang aman dan makmur demi negara...mengundi hak milik rakyat..sekali pun di tolak ketepi..sokonglah untuk menghidupkan negara..bangga la apa yang ada di bumi tanah melayu yang makmur ini..

  Dewasa kini,memainkan peranan penting untuk rakyat bebas berfikir dan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk tentang manifesto yang di canangkan..buatlah pilihan terbaik untuk anak2,cucu cicit dan di masa akan datang untuk melahirkan generasi-generasi yang bijak pandai,bagi menguatkan keteguhan bangsa di masa hadapan.Aku harap MALAYSIA akan melalui satu perubahan sehingga mencapai wawasan 2020..menerusi idea Tun Dr.Mahathir Mohammad semasa di Era pemerintahan beliau ketika itu.

  Harapan aku kali ini biarlah negara kita bebas daripada ancaman-ancaman luar.Kini keadaan semakin sengit adalah disebabkan banyak perdebatan tentang agama islam.Sehinggakan timbulnya isu kalimah Allah dan sebagainya.Ini adalah kerana pihak tertentu salah faham dengan kenyataan media.Adalah wujudnya isu itu timbul..persoalan kenapa perlu mandat kini..tidak menggunakan sistem islam? contohnya hukum hudud yang kini semakin mendapat perhatian semua pihak? saling wujud tidak kepuasan hatian...sebab Malaysia mengamalkan sistem demokrasi,setelah membuat perjanjian dengan british untuk merdeka,jadi ini menyebabkan segala undang2 di negara ini adalah hasil penggubalan dari idea manusia..manakala hukum hudud merupakan hak Allah S.W.T..yang memang sudah termaktub dalam Al-quran lagi..hak Allah S.W.T..yang mahu dijalankan adalah untuk peringatan kepada masyarakat bahawa hukum agama tidak boleh dipermain-mainkan atau diperkotak katikan oleh bukan orang islam..cukuplah disitu bagi yang mengerti tentang fahaman hukum hudud ini..memang dibenarkan dalam islam..bagi menegakkan syiar islam..tetapi???? anda boleh sendiri boleh fikirkan..itulah yang pihak pembangkang inginkan..sokongan untuk tegakkan agama kena kuat!! bagi membolehkan hidup kesejahteraan orang melayu islam dan bukan dimelayukan oleh orang melayu itu sendiri..fikir2kanlah...!! maju ke hadapan...hidup demi negara..

            Apa yang aku mahukan adalah KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA!!...

                          PEACE YOW..!!